Wednesday, November 3, 2010

BAULU BATIK

Ada suatu hari tu tengah boring-boring teringat nak try buat bahulu batik..saya tengok resepi tu dekat internet jugak tapi lupa plak nama blog dia..tapi apapun saya dah try dan hasilnya tidaklah mengecewakan...cuma tidak sekembang yang diharapkan....



BAULU BATIK

BAHAN-BAHAN :

Bahan-bahan:250 gm tepung gandum
2 camt baking powder
225 gm gula kastor
1 camt ovalette
9 camb susu segar
2 biji telur
1 camt esen vanila
2 camt chocolate paste

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder ke dalam mangkuk adunan
  • kemudian masukkan gula, ovalette, susu, telur dan esen vanila
  • pukulkan semua bahan sehingga gebu dan pekat selama 5 min
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste/emulco dan gaulkan sebati
  • satu bahagian lagi dibiarkan plain
  • sudukan kedua2 adunan berselang-seli ke dalam papercup
  • lakukan sehingga habis
  • kukuskan selama 15 min atau sehingga masak
  • hidangkan

KEK SARANG SEMUT a.k.a KEK SPAN

Kek Sarang Semut atau Kek Span ni bagi saya merupakan kek kukus paling senang dibuat selain bahan-bahannya yang simple...rasanya tidak muak macam kek-kek lain yang menggunakan butter atau marjerin..walaupun kek ini memerlukan sedikit butter...kek ini juga tahan disimpan di dalam peti sejuk dan menjadi kegemaran anak-anak...

Resepi kek ni senang saja. Saya menggunakan sukatan cawan bagi menyiapkan sebekas kek span dalam anggaran setengah kilogram.



KEK SPAN/KEK SARANG SEMUT (LUPA NAK AMBIL GAMBAR KERATAN RENTAS KEK)

BAHAN-BAHAN :

2 CAWAN TEPUNG
 2 CAWAN GULA
2 CAWAN AIR SEJUK
7 BIJI TELUR GRED B
1 TIN SUSU PEKAT (ATAU KURANG KALAU TAK SUKE MANIS)
2 SUDU MAKAN BUTTER (DICAIRKAN)
2 SD KECIL SODA BIKARBONAT
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA

CARA:

Cara-cara

  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
  7. Pukul hingga rata.
  8. Masukkan sedikit esen VANILA. Kacau.
  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bila masak, nampak berlubang2 cantik.
  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.
                             SELAMAT MEMASAK

Nasi Belauk

Selamat Hari Khamis semua..pejam celik pejam celik sekejap jer dah menuju ke hujung minggu...pagi ni saya bersama suami sarapan NASI BELAUK . Di ingatkan..nasi belauk ni bukannya nasi di makan bersama pelbagai jenis lauk tetapi dihidangkan dengan ikan tongkol dan sambal. Terpulanglah pada kita sama ada lauk ikan tongkol gulai tu nak dicampur sekali dengan ikan kering..sedap jugak...sebenarnya nasi berlauk ni merupakan hidangan wajib keluarga kami sejak saya masih kecil..dan memang menjadi pilihan masyarakat kelantan sebelum melakukan tugas-tugas harian...kenyang sampai ke petang tuuu.....kat Kuala Terengganu ni, ada satu tempat yang menjual nasi belauk menepati seleralah...tempat lain tu tak berapa best sebab gulai dia manis...walaupun kami ni orang kelantan, namun bukan semua masakan kami diletakkan gula tau....



Ikan tongkol masak gulai kuning





NASI BELAUK IKAN AYA (dipetik dari ruangan myresepi)

  Bahan-bahan

  • 1 kg ikan Aya (tongkol/kayu)
  • 2-3 ekor ikan kering
  • 2-3 ulas asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 tangkai Lada kering (kalau suka pedas boleh tambah)
  • 3 cm lengkuas
  • 1” kunyit hidup
  • 1 biji kelapa
  • 1 batang timun/kacang panjang/nenas
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
Cara-cara
1.     ikan aya dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...(untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol boleh direbus bersama asam keping..tak nak rebus pun takper)
2.     kisar (tapi geeda suka tumbuk) bawang merah, lengkuas, lada kering,  kunyit ...(timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar)...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
3.     masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan ...panaskan periuk menggunakan api sederhana...
4.     kemudian, masukkan ikan rebus tadi (kalau nak sedap tambah ikan kering 4-5 ekor)...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
5.     kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan
6.     untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

Nasi Kerabu Kelantan

Haaa....nasi kerabu memang menjadi menu masyarakat kelantan sejak turun temurun yang juga dipanggil nasi ulam di tempat lain. Cuma bezanya nasi ini tidak dicampur terus dengan ulam sebaliknya dihidang secara berasingan. Nasi ini tidak lengkap sekiranya tidak dihidangkan dengan budu, ulam, solok lada, sambal tumis, sambal ikan dan telur asin. Walaubagaimanapun, nasi kerabu hitam tidak perlu diletak sambal tumis, cukup dengan sambal ikan, ulam dan budu sahaja. Satu lagi, sebagai pelengkap - keropok keping goreng!

        

SAMBAL IKAN

4-5 ekor ikan bakar (bergantung kpd saiz ikan), diambil isi
sehiris halia
5 ulas bawang merah
1 ulas kecil bawang putih, 1 labu bawang besar, cili hidup
secubit lada hitam
2-3 batang serai, dipotong kecil
garam, gula
kelapa goreng, dimesin/ditumbuk halus (sikit jer biar lebih ikan daripada kelapa)

Cara:

Tumbuk semua sekali hingga lumat. Then, masukkan kelapa goreng.  Bila dah sebati, masukkan bawang besar yg dimayang bulat dan nipis, dan cili yg dipotong serong untuk hiasan.

TUMIS

Pati santan drp 1/2 kelapa
1 batang serai dititik
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2-1 asam keping
sedikit halia diketuk
1 sudu lada kering yang ditumbuk
budu, garam, gula or ajinomoto (saya tak letak pak aji)

Cara2 memasaknya:

- bawang ditumbuk lumat.
-masukkan santan dalam periuk, bawang, lada kering, serai, halia, gula, garam dan sedikit budu..masak sampai naik minyak

Puding Karamel

PUDING KARAMEL GEEDA

Puding karamel ni memang favourite keluarga saya sejak kecil...mungkin sedikit berbeza dengan puding karamel yang lain sebab saya menggunakan susu pekat manis! puding ni menjadi hidangan wajib setiap kali tibanya bulan puasa dan di makan ketika sejuk...cubalah..

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu pekat manis (ape-ape jelah tapi geeda suka F&N)
sd besar gula pasir
7 bijik telur grade A
1 sd tepung gandum
1 tin air sejuk (sukat guna tin susu tadi)

Cara-cara :

1. Masak gula hingga berubah warna coklat, masukkan dalam loyang dan ketepikan)
2. Campur semua bahan-bahan lain seperti susu, air, telur, tepung menggunakan whisker
3. Masukkan dalam loyang tadi dan kukus selama 20-30 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan


SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...