Sunday, September 11, 2011

APa PeKdAhnYeR?

Salam,
blogger yang mengikuti blog saya ...ha...tajuk saya kali ni agak panas sket...yelah nak diceritakan sikit ni pasal perangai orang-orang sekeliling kita yang tak semenggahnyer ni...korang pernah ada sahabat yang tikam belakang tak? macamana rasanya kalo kita ditikam dari belakang...maksud saya depan cakap baik tapi belakang belot pada kita...sampai benda2 tak elok tanpa pengetahuan kita untuk kepentingan dirinya sendiri...mesti korang bengang kan? so, kalau korang dalam situasi tu apa korang akan lakukan? diam jer or pekakkan telinga or pegi jumper orang tu pastu sound dia biar merah padam muka dia...

Hurmmm...pelik kan dengan orang macam ni...apa pekdahnya dia buat macam tu kat orang lain yer...saya pun tak faham ada jugak orang macam ni wujud kat dunia yang serba moden macam skang kan! Cucuk sana cucuk sini..kalau nak cucuk muka sendiri tu kita tak kisah..ini cucuk orang supaya orang lain yang kena...

Tapi apapun, berbalik kepada kita sendiri la kan....tak larat nak fikir perangai orang yang boleh disifatkan tak senang duduk apabila lihat kejayaan orang lain...senang buat derkkk jer kat orang macam tu...yang penting jangan sakitkan hati orang dan ikhlas dengan orang lain...ye tak...


Saturday, September 3, 2011

Selamat Pulang Bekerja Wahai Perantau....

Salam syawal saya ucapkan kepada blogger-blogger beragama Islam...

Masih bercuti atau dah mula bekerja? hurmmm..biasalah...bila dah seronok beraya di kampung halaman masing-masing, time start bekerja ...rasa semacam jer..kat tempat kerja pun dah rasa macam dilanggar garuda....masih ramai lagi member2 seopis masih belum habis beraya...yelah..time kita cuti diorang bersengkang mata, berhempas pulas bekerja dikonti mahupun di luar ...itu semua bagi memenuhi tuntutan kerja masing-masing di samping menjadi badan penyiaran unggul negara..

  

Apapun, dalam seronok beraya adakah anda semua menjaga dengan baik kewangan anda? haa...inilah satu penyakit yang tak dapat dibendung...walau dah dapat bonus, duit masih tak cukup...tak reti nak berjimat...namun saya percaya kita semua terutama yang dah beranak pinak tu bijak membelanjakan kewangan masing-masing...yang penting jangan ikut rasa...binasa..sebaliknya ikut iman...ketika berbelanja tu kena beringat ....gaji lambat lagi beb!

Wednesday, August 31, 2011

Syawal vs Air

Salam..

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger...yang aktif mahupun tidak begitu aktif macam saya ni...macamana dengan sambutan hari raya kalian...mesti meriahkan..yelah bagi perantau yang macam saya ni skali skala balik kampung beraya dengan keluarga merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu...dalam kemeriahan berhari raya tu mood saya sedikit terganggu apabila keperluan asas seperti air tidak seperti diharapkan...! oohhhh tdk....seingat saya masalah ketiadaan air di tempat saya di sebuah negeri pantai timur berulang untuk kesekian kalinya...bukan sahaja pada hari raya malah hari-hari biasa! tambah pulak bila sebuah rumah dihuni tiga empat keluarga...lagi harulah jawabnya...takkan musim2 raya ni nak carik air sungai...hai....heran jugak saya...dalam pembangunan yang sedang rancak berjalan di tempat saya tu...dengan deretan bangunan-bangunan baru yang dibina, namun keperluan asas seperti itu masih belum selesai...bila tanya mak...dia cakap...entahlah bila sengsara tu akan berakhir...

Saya tak tahulah macamana penduduk di kampung saya tu bertahan dengan keadaan itu...kalau saya...eiii memang saya tak sanggup! kita sekarang berada dizaman millenium! bukan zaman batu! itu belum masuk bab lori sampah dan air longkang lagi...kalau nak cerita satu-satu...hui tak cukup tangan saya dibuatnya...namun itulah hakikat yang terpaksa ditanggung penduduk di kawasan saya...sebuah pekan yang semakin maju ...tapi sayang kalau aset yang ada di situ tidak digunakan sebaik mungkin...

Cuba tuan-tuan bayangkan pepagi raya sewaktu isi rumah berebut2 utk mandi, tiba2 air paip pulak tak kuar air...seingat saya semasa zaman budak2 kejadian ni tak berlaku di kawasan itu...ntah di mana silapnya...namun...bagi saya itu silap penduduk disitu sendiri...diaorang yang menentukan siapa yang bakal mentadbir di tempat sendiri...

Anyway..saya bukan nak membebel cuma nak melepaskan geram yang terbuku dihati sejak sekian lama...nasib baik saya masih ada keluarga yang menetap disitu...kalau tidak...entahlah...bukan lupakan kampung halaman tapi serik nak menghadapinya lagi...

Selamat Hari Raya saya ucapkan semoga hari raya kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua...maaf zahir batin..assalamualaikum...

Sunday, August 14, 2011

Salam Ramadhan

Salam semua blogger...

Setiap tahun ramadhan dan syawal pasti menjelma..tetapi apa yang pasti, adakah puasa yang kita tinggalkan tahun lepas dah diganti...apapun. sempena kedatangan ramadhan kali ni geeda harap ia memberi makna dan barakah kepada kita semua...yang penting, tingkatkan amalan, kurangkan kontroversi dan gossip panas....kurangkan pembaziran terutama sewaktu
berbuka...hurrmmm...tahun ni seperti biasa geeda akan menyediakan 3@4 jenis biskut raya untuk dihidang kepada tetamu..yang beli pon adeee....so far, geeda baru beli dua jenis biskut iaitu tart nenas dan almond coklat...sebab malas nak buat..sehingga kini, geeda dah siapkan dua balang biskut iaitu biskut paling senang, biskut sarang semut dan biskut siput...dan akan datang insyaallah Rabu ni sempena cuti, geeda ingat nak buat cornflakes madu dan biskut sampan...pe pe hal pun, nanti kita jumpa lagi...salam ramadhan

Monday, July 18, 2011

Rumah....

Salam semua...
nampaknya kita dah dekat dengan bulan penuh keberkatan dan rahmat, bulan Ramadhan...tiap tahun silih berganti ramadhan pasti menjelma..dan...sudahkah kita semua bersedia menghadapinya...adakah kita dah sempurnakan amalan2 puasa yang sebelum ni tertinggal? ha..biasanya time2 cenggini la kita dapat tenguk orang perempuan biasanya akan berpuasa ganti...

Orang perempuan pastinya paling teruja apatah lagi hari raya bakal menjelma setelah sebulan umat Islam berpuasa...apa tidaknya dalam tempoh inilah kita orang perempuan sibuk nak mengemas rumah, menghias rumah dan sebagainya...

Opsss...nampaknya masa mencemburui cik geeda untuk bersembang buat kesekian kalinya...tugas dah memanggil tu...ok assalamualaikum..semoga berjumpa di lain siaran..bye-bye...

Wednesday, July 13, 2011

Kenapa aku lama tak update blog....

Salam blogger...
Nampaknya lama jugak ler aku tak update blog kesayangan ni...tak taulah kenapa...sibuk sangat ker..sampai tak der masa nak update...ntah..tak tao kenapa...tapi sejak dua menjak ni memang ler kat opis busy sket dengan pelbagai aktiviti...dan secara tak langsung sedikit sebanyak ia melibatkan kudratku ini..selain melaksanakan tugas-tugas hakiki setiap hari...
Antara sebab musabab kesibukanku yang menghalang untuk beraktif dalam blog ni antaranya ialah tugas hakikiku yang memerlukan aku keluar 'assignment' di luar opis yang memakan masa yang agak panjang, then balik nak kena siapkan cepat2 nanti story tu 'basi'...then, apa lagi ek...errr...ooo...baru2 ni aku berada di luar negara (Morocco dan Sepanyol) selama dua minggu untuk shooting program shahadah bersama krew RTM KL..so, faham-fahamlah.memang tak sempat nak update blog coz kepergianku pun adalah untuk membuat laporan radio Klasik Nasional dan Terengganu fm setiap hari...pastu2....errr...program turun padang PM (PTP) so....berhari-hari jugak kitaorang kat newsroom ni wat liputan kat tempat PM nak lawat tu...tiga hari sebelum dan selepas tau...apa lagi yer...ermmm ...pasal rumah baru yang nak diduduki tidak lama lagi....dan sekarang tengah kemas2 rumah (kuarters kerajaan) kerana rumah kami nak dipasang tile oleh pekerja2 JKR...entah kenapa masa ni diaorang baru nak pasang...masa dulu2 nape tak pasang siap2..skang dah susahkan aku dan lain2 penghuni yang terpaksa mengosongkan ruang dapur dan hall cos diaorang nak pasang benda alah tu...adoiiii..pening aku dan suami memikirkan mana nak sorok perabot dan segala bagai mak nenek tu bagi mengosongkan ruang2 terlibat tu...minggu ni diaorang pasang kat hall...next week kat dapur plak..sampaikan semasa diaorang tengah wat kerja tu aku terpaksa 'melarikan' diri kat opis cos tak sanggup duk kat rumah tu bersama 'orang asing' yang tengah wat kerja dum dam dum dam...tak tahan telinga aku dok dengar benda tu jer setiap hari....
Jap lagi pun aku dan krew2 akan ke Kuala Berang untuk mengadakan liputan acara mengemping dan berendoi yang semakin terhakis pada masa kini...jadi jangan lupa saksikan berita mengenai aktiviti penduduk di kampung Tok Lawit ini dalam siaran Berita Wilayah edisi Jumaat esok jam 5 petang di TV1....selamat menonton!

Monday, February 7, 2011

Selamat Tahun Baru dan Tahun Baru Cina

Salam,
Walaupun dah masuk bulan Februari namun rasanya kita masih dalam mood tahun baru ye tak...walaupun kat Terengganu ni tak semeriah kat KL sambutannya..namun alhamdulillah menginjak ke tahun ke enam aku berada di bumi Terengganu ni rasanya bertuah sangat kerana 'posting' kat negeri yang kaya dengan pantai dan pulau yang indah ni...

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berbangsa Cina...buat rakan media Ai Ling, maaf kerana tidak dapat datang ke majlis rumah terbuka anda kerana waktu itu kami bercuti di Kuantan kerana melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu....walau apapun terima kasih atas undangan Ai Ling...mesti meriah kan ...

Alhamdulillah, percutian dua hari ke Kuantan tidak sia-sia apabila kami dipertemukan dengan saudara mara sebelah ibu yang ada di antara mereka yang kami sendiri tidak pernah kenal! bunyinya pelik kan...tapi itulah hakikatnya ...seronok apabila dapat bertemu...

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...