Monday, October 18, 2010

Adakan anda telah mendaftar sebagai penderma organ?

Assalamualaikum...pada 17 hb lepas, seluruh dunia menyambut Hari Transplan Seluruh Dunia. Apakah maknanya Transplan? Ia bermaksud Pendermaan Organ iaitu bagi menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat....Di Terengganu, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ diadakan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menjadi penderma dengan mendaftar sebagai penderma organ. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, kita akan membenarkan organ dan tisu digunakan bagi tujuan transplan selepas meninggal dunia. Saya sendiri tidak menyedari betapa sehingga kini, lebih 10-ribu orang memerlukan organ seperti buah pinggang untuk menjalani kehidupan normal...namun malangnya menurut Pengarah Kesihatan Negeri, hanya 2 daripada 1.07 juta penduduk di Terengganu yang mendermakan organ mereka sejak kempen itu diadakan pada 1995. Faktor utama, kekeliruan dari sudut agama menjadi kekangan untuk mereka mendaftar selain tahap kesedaran dan pengetahuan yang rendah. Dan...selepas mendengar penjelasan dan membaca pamplet hari ini (kebetulan ditugaskan utk assigment berkenaan) maka dengan berdebar-debarnya saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada 140-ribu penderma organ di seluruh negara. Dengan harapan, bagi memberi sinar baru kepada insan yang memerlukan selepas kita meninggal dunia....
Jadi, kenapa anda tidak mengikut jejak langkah saya dan rakan2 yang lain untuk menjadi sebahagian daripada penderma organ? Sebenarnya anda tidak perlu takut untuk menjadi seorang penderma kerana ajaran agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas kita meninggal dunia...

Thursday, October 14, 2010

KL Tower International Jump

Salam...dalam banyak2 assignment yang Geeda pergi ada yang menarik untuk dikongsi...sebenarnya saya ni seorang yang sukakan aktiviti lasak...masa kat sekolah dulu aktif dalam sukan, kebudayaan, persatuan dan merupakan antara 8 ahli kadet bomba malaysia wanita pertama di sekolah (form 4 & 5)....masa tu kadet polis tak der lagi...kat universiti pun agak aktif jugak..sebab tu join geng2 perindu adventure club (PAC)..time cuti semester kitaorang tak lepas peluang mendaki gunung untuk melihat keindahan alam ciptaan illahi selain mengisi minat yang ada...berbalik kepada assigment tadi, gambar2 di bawah ni di 'snap' ketika peserta2 negara dan luar negara melakukan aksi terjunan kali pertama di Kuala Terengganu iaitu di Wisma Darul Iman dan Hotel Felda (lupa plak ketinggian tu berapa kaki)...lepas interview some of them..apalagi....peluang kita la nak bergambar dengan diaorang...namun, baru-baru ni agak sedih juga bila dengar ada seorang penerjun wanita dari luar negara berusia 40-an meninggal selepas terhempas apabila payung terjun beliau tidak terbuka...


                                              Bersama peserta terjunan dari Australia



                                                           
                                                             Penerjun negara



                                                       "Jeff Cameraman"



                                   Peserta negara (budak laki kat belakang tu Taufik NTV7 - saje nak 
                                                                   enterpreme)


                                     
                                                                    Peace!

Wednesday, October 13, 2010

Sakit Gigi

Selamat pagi semua...
Dalam dok sakit gigi ni aku sempat lagi menulis kat blog kesayanganku ini...dan hari ini aku mencari info mengenai sakit gigi dan ubatnya..carik punya carik tu terjumpalah rawatan salur akar gigi yang boleh menyelamatkan gigi kita daripada dicabut! wow..sebelum ni penah dengar rawatan macam ni cuma tak tahu di mana kat terengganu ni yang menyediakan khidmat rawatan akar gigi (endodontik)...hari tu masa gi jumpa dentist kononnya nak cabut sebab tak tertahan menanggung azab sengsara masa nak tido especially, tapi bila jumpa doktor tu, tetiba jer rasa takut yang amat sangat..pastu siap cakap kat dia yang kita pegi ni bukan nak cabut cuma nak dapatkan khidmat nasihat dari doktor sebab kalau gigi sakit, tak bleh cabut masa tu kan! so, gunalah tektik tu utk elakkan gigi gerahamku dicabut..then dengan gumbiranya dikhabarkan bahawa gigi gerahamku dapat diselamatkan dengan rawatan akar gigi..tak payah cabut..cuma kat klinik tu tak der sediakan services macam tu...tak pasti plak kat klinik kerajaan boleh dapat rawatan macam tu ke tak...mahal oooo rawatan tu.. lam RM300 lebih...better pergi klinik kerajaan la...



Senyuman yang menawan

 

Keras Hati vs Doktor Gigi

Hari ni masuk shift petang...dok tengah mengemas rumah tu, tiba-tiba perkara tidak diingini berlaku...sakit gigiku datang lagi..adusss...bisa pening pak! korang penah rasa sakit gigi tak? kalau penah mesti korang boleh rasa denyutan kesakitan yang kurasa sekarang...arghhhh...tak boleh tidur..siang2 tak der lah rasa sakit sangat..time tidur baru denyut2 tu datang...masa tu mula lah carik air garam, cengkih dan macam2 nak kasi reda sikit sakit tu..time ni kalau ada orang yang buat lawak bodoh memang kena sebijik lar...bengang beb! dan masalah besar bagiku yang membawa kepada sakit gigi ni sebab TAKUT JUMPA DOKTOR GIGI...ha..itulah masalah terbesar yang selalu ku hadapi..selagi tak sakit gigi yang berlubang tu selagi tu lah aku takkan jumpa doktor gigi..kalau dah terpaksa sangat barulah teringat nak cabut gigi..tapi dah terlambat coz terpaksa mengharungi kesakitan yang amat sangat sebelum gigi dapat dicabut...
Ketika ini, painkiller dan ubat antibiotik menjadi penemanku 3 kali sehari...hu..hu...okaylah..masalah ku datang balik ni...sakit gigi yang teramat...okay bye..

Monday, October 11, 2010

Bengkel Perancangan TFM 2011 (6 Hingga 7 Oktober 2010)

Setiap tahun, TFM akan menganjurkan Bengkel Perancangan untuk menyediakan perancangan bagi aktiviti-aktiviti utama di Radio Malaysia Terengganu FM. Ini melibatkan aktiviti di bahagian Rancangan, Berita Ehwal Semasa (BES), Kejuruteraan, Unit Latihan dan Kewangan. Ia bertujuan melatih kakitangan dalam aspek pengurusan termasuk konsep 'Team Work" dan persembahan kertas kerja. Selain itu, bengkel tersebut bertujuan menyedarkan kakitangan tentang kerjasama antara bahagian bagi mencapai objektif stesen. Kami di BES seperti tahun lepas dihadiri saya sendiri, Pengawal BES Puan Rida dan rakan setugas, Hajjah Noraini. Ucapan penutup dan penyampaian sijil disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Haji Khazan Che Mat. Menariknya, persembahan kami di inovasikan dengan penghasilan VCD di mana semua kertas kerja dimuatkan ke dalam VCD yang turut memaparkan aktiviti kami di Unit BES dilengkapi carta bagi memberi kefahaman kepada semua peserta. Turut dimuatkan lagu 'Wartawan' nyanyian Jamal Abdillah yang mengisahkan suka duka wartawan dalam menghasilkan karya terbaik...memang berbaloi lah usaha yang dilakukan oleh semua team BES yang tidak sia-sia...
Tiga pegawai Unit BES sedang tekun mendengar amanat Pengarah Penyiaran Terengganu, Dr Nawiyah Che Lah.

Tudung dan baju sedondon - itulah salah satu semangat kerjasama yang dititikberatkan kakitangan di Unit BES

Pengawal BES sedang menjawab soalan yang dikemukakan peserta bengkel

Sempat pose sebelum taklimat dijalankan
Terima Kasih kepada semua di atas usaha keras yang dilakukan sehingga menghasilkan VCD 20 minit.   

Bengkel Perancangan TFM 2011 (6 Hingga 7 Oktober 2010)

Salam...
Setiap tahun kami di Terengganu FM akan mengadakan Bengkel Perancangan bagi aktiviti-aktiviti utama di radio. Ini termasuk aktiviti-aktiviti bahagian rancangan, berita ehwal semasa (BES), kejuruteraan, Unit Latihan dan Kewangan. Tahun lepas, bengkel diadakan di Hotel UiTM Dungun, tapi akibat kekangan kewangan maka tahun ini bengkel diadakan di auditorium TFM di Bukit Pak Apil sahaja. Walau apapun di mana pun lokasinya, yang penting ialah matlamat bengkel itu diadakan. Antaranya, untuk melatih kakitangan dalam aspek pengurusan termasuk konsep "Team Work" dan persembahan kertas kerja..selain menyedarkan kakitangan tentang kerjasama antara bahagian bagi mencapai objektif tersebut. Dan...seperti tahun-tahun sebelumnya, Unit BES diwakili oleh penulis sendiri selain Pengawal BES, Puan Rida Suzirawati Muda dan rakan seperjuangan, Hajah Nor'aini Ghazali. Hasil kerja keras pasukan kami, maka terhasillah pembentangan yang diinovasikan melalui VCD...segalanya dimuatkan dalam VCD tersebut...siap dengan lagu "Wartawan" yang dipopularkan penyanyi 70-an, Jamal Abdillah....

Rumah Terbuka Syawal

Assalamualaikum...
Seperti biasa, apabila tibanya Syawal tak lengkap rasanya kalau tak buat rumah terbuka untuk kengkawan...walaupun tidak banyak makanan dihidang tapi aktiviti rumah terbuka sebenarnya memberi banyak manfaat umpamanya dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan member-member dan jiran tetangga. Menu utama tahun ini masakan soto dan mee kari. Lain-lain tu sebagai pencuci mulut seperti puding pelangi, kek coklat, kek pisang dan biskut raya. Rasa seronot walaupun dalam kepenatan coz semua menu dibuat sendiri oleh tuan rumah, berbanding tahun lepas saya tempah jer..tahun ni rajin sket nak masak sendiri dibantu myhubby dan anak-anak...tapi lupa plak nak snap gambar..alahai..tapi apapun, yang penting niat kita untuk meraikan kengkawan tu penting...assalamualaikum...

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...