Wednesday, August 18, 2010

Bulan Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh Umat Islam di Malaysia...

Alhamdulillah...kita masih di sini untuk menjalani ibadah puasa..kedatangan bulan yang penuh rahmat ini seharusnya dimanfaatkans sebaik mungkin dengan memperbanyakkan amalan-amalan seperti bersedekah, berzikir, selawat dan sembahyang sunat Tarawih,...seperti sebelumnya niatku memang untuk mengerjakan sembahyang terawih tapi tidak tertunai..dan tahun ini, alhamdullillah...tuntutan kerja di pejabat tidak begitu ketat dan memberi peluang kepada kami anak beranak solat terawih di surau Jalan Tekukur...depan rumah je tu...alhamdulillah...ramai jemaah bersolat di situ...
Tapi..yang tak best nya dibulan baik ini kita dikejutkan dengan kes-kes yang tak seberapa enak didengar...apatah lagi kita wanita....
Kes buang bayi semakin menjadi2 walaupun kerajaan mengklasifikasikan kesalahan itu di bawah kes bunuh! Semalam, kejadian itu sekali lagi mengejutkan masyarakat di Terengganu apabila seorang bayi lelaki yang comel sangat dibuang ibunya dengan tidak berbalut walaupun seurat benang. Subhanallah...tergamak sungguh ibu bayi berkenaan. Tapi nasib baik bayi sihat seberat 3.03 kg itu selamat dan di hantar ke Hospital Nur Zahirah.

Ayam Goreng Kicap

1 kg ayam
1 labu bawang besar
2 batang cili hidup
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2'' halia - tumbuk
1 sd besar serbuk kurma/sup
Kicap

Cara:

1) Ayam dibersihkan dan potong lapan.
2) Kemudian lumurkan dengan halia. Perap ler sejam or dua jam kasi rasa lebih
3) Gorengkan ayam dan ketepikan
4) Tumis bahan bawang merah dan putih dan masukkan serbuk kurma yang dicampur sedikit air. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
5) Masukkan garam, gula dan kicap pekat manis cap kipas udang, cili dan bawang besar.
6) Angkat dan hidangkan dengan nasik

Aktiviti Hari Ini

Erm..hari ni nampaknya aku tak keluar ke mana2...just stay kat opis and angkat telefon call mana-mana pegawai untuk bahan berita...alamakkk..boringnyer...orang lain dah kuar dengan assignment masing2.....so, aku plak terpikir ape menda nak masak petang ni yer? nak masak ker? he..he...

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...