Monday, October 11, 2010

Bengkel Perancangan TFM 2011 (6 Hingga 7 Oktober 2010)

Setiap tahun, TFM akan menganjurkan Bengkel Perancangan untuk menyediakan perancangan bagi aktiviti-aktiviti utama di Radio Malaysia Terengganu FM. Ini melibatkan aktiviti di bahagian Rancangan, Berita Ehwal Semasa (BES), Kejuruteraan, Unit Latihan dan Kewangan. Ia bertujuan melatih kakitangan dalam aspek pengurusan termasuk konsep 'Team Work" dan persembahan kertas kerja. Selain itu, bengkel tersebut bertujuan menyedarkan kakitangan tentang kerjasama antara bahagian bagi mencapai objektif stesen. Kami di BES seperti tahun lepas dihadiri saya sendiri, Pengawal BES Puan Rida dan rakan setugas, Hajjah Noraini. Ucapan penutup dan penyampaian sijil disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Haji Khazan Che Mat. Menariknya, persembahan kami di inovasikan dengan penghasilan VCD di mana semua kertas kerja dimuatkan ke dalam VCD yang turut memaparkan aktiviti kami di Unit BES dilengkapi carta bagi memberi kefahaman kepada semua peserta. Turut dimuatkan lagu 'Wartawan' nyanyian Jamal Abdillah yang mengisahkan suka duka wartawan dalam menghasilkan karya terbaik...memang berbaloi lah usaha yang dilakukan oleh semua team BES yang tidak sia-sia...
Tiga pegawai Unit BES sedang tekun mendengar amanat Pengarah Penyiaran Terengganu, Dr Nawiyah Che Lah.

Tudung dan baju sedondon - itulah salah satu semangat kerjasama yang dititikberatkan kakitangan di Unit BES

Pengawal BES sedang menjawab soalan yang dikemukakan peserta bengkel

Sempat pose sebelum taklimat dijalankan
Terima Kasih kepada semua di atas usaha keras yang dilakukan sehingga menghasilkan VCD 20 minit.   

Bengkel Perancangan TFM 2011 (6 Hingga 7 Oktober 2010)

Salam...
Setiap tahun kami di Terengganu FM akan mengadakan Bengkel Perancangan bagi aktiviti-aktiviti utama di radio. Ini termasuk aktiviti-aktiviti bahagian rancangan, berita ehwal semasa (BES), kejuruteraan, Unit Latihan dan Kewangan. Tahun lepas, bengkel diadakan di Hotel UiTM Dungun, tapi akibat kekangan kewangan maka tahun ini bengkel diadakan di auditorium TFM di Bukit Pak Apil sahaja. Walau apapun di mana pun lokasinya, yang penting ialah matlamat bengkel itu diadakan. Antaranya, untuk melatih kakitangan dalam aspek pengurusan termasuk konsep "Team Work" dan persembahan kertas kerja..selain menyedarkan kakitangan tentang kerjasama antara bahagian bagi mencapai objektif tersebut. Dan...seperti tahun-tahun sebelumnya, Unit BES diwakili oleh penulis sendiri selain Pengawal BES, Puan Rida Suzirawati Muda dan rakan seperjuangan, Hajah Nor'aini Ghazali. Hasil kerja keras pasukan kami, maka terhasillah pembentangan yang diinovasikan melalui VCD...segalanya dimuatkan dalam VCD tersebut...siap dengan lagu "Wartawan" yang dipopularkan penyanyi 70-an, Jamal Abdillah....

Rumah Terbuka Syawal

Assalamualaikum...
Seperti biasa, apabila tibanya Syawal tak lengkap rasanya kalau tak buat rumah terbuka untuk kengkawan...walaupun tidak banyak makanan dihidang tapi aktiviti rumah terbuka sebenarnya memberi banyak manfaat umpamanya dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan member-member dan jiran tetangga. Menu utama tahun ini masakan soto dan mee kari. Lain-lain tu sebagai pencuci mulut seperti puding pelangi, kek coklat, kek pisang dan biskut raya. Rasa seronot walaupun dalam kepenatan coz semua menu dibuat sendiri oleh tuan rumah, berbanding tahun lepas saya tempah jer..tahun ni rajin sket nak masak sendiri dibantu myhubby dan anak-anak...tapi lupa plak nak snap gambar..alahai..tapi apapun, yang penting niat kita untuk meraikan kengkawan tu penting...assalamualaikum...

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...