Walaupun dah masuk bulan Februari namun rasanya kita masih dalam mood tahun baru ye tak...walaupun kat Terengganu ni tak semeriah kat KL sambutannya..namun alhamdulillah menginjak ke tahun ke enam aku berada di bumi Terengganu ni rasanya bertuah sangat kerana 'posting' kat negeri yang kaya dengan pantai dan pulau yang indah ni...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berbangsa Cina...buat rakan media Ai Ling, maaf kerana tidak dapat datang ke majlis rumah terbuka anda kerana waktu itu kami bercuti di Kuantan kerana melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu....walau apapun terima kasih atas undangan Ai Ling...mesti meriah kan ...
Alhamdulillah, percutian dua hari ke Kuantan tidak sia-sia apabila kami dipertemukan dengan saudara mara sebelah ibu yang ada di antara mereka yang kami sendiri tidak pernah kenal! bunyinya pelik kan...tapi itulah hakikatnya ...seronok apabila dapat bertemu...