Wednesday, November 3, 2010

Nasi Belauk

Selamat Hari Khamis semua..pejam celik pejam celik sekejap jer dah menuju ke hujung minggu...pagi ni saya bersama suami sarapan NASI BELAUK . Di ingatkan..nasi belauk ni bukannya nasi di makan bersama pelbagai jenis lauk tetapi dihidangkan dengan ikan tongkol dan sambal. Terpulanglah pada kita sama ada lauk ikan tongkol gulai tu nak dicampur sekali dengan ikan kering..sedap jugak...sebenarnya nasi berlauk ni merupakan hidangan wajib keluarga kami sejak saya masih kecil..dan memang menjadi pilihan masyarakat kelantan sebelum melakukan tugas-tugas harian...kenyang sampai ke petang tuuu.....kat Kuala Terengganu ni, ada satu tempat yang menjual nasi belauk menepati seleralah...tempat lain tu tak berapa best sebab gulai dia manis...walaupun kami ni orang kelantan, namun bukan semua masakan kami diletakkan gula tau....



Ikan tongkol masak gulai kuning





NASI BELAUK IKAN AYA (dipetik dari ruangan myresepi)

  Bahan-bahan

  • 1 kg ikan Aya (tongkol/kayu)
  • 2-3 ekor ikan kering
  • 2-3 ulas asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 tangkai Lada kering (kalau suka pedas boleh tambah)
  • 3 cm lengkuas
  • 1” kunyit hidup
  • 1 biji kelapa
  • 1 batang timun/kacang panjang/nenas
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
Cara-cara
1.     ikan aya dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...(untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol boleh direbus bersama asam keping..tak nak rebus pun takper)
2.     kisar (tapi geeda suka tumbuk) bawang merah, lengkuas, lada kering,  kunyit ...(timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar)...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
3.     masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan ...panaskan periuk menggunakan api sederhana...
4.     kemudian, masukkan ikan rebus tadi (kalau nak sedap tambah ikan kering 4-5 ekor)...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
5.     kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan
6.     untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...