Monday, February 7, 2011

Selamat Tahun Baru dan Tahun Baru Cina

Salam,
Walaupun dah masuk bulan Februari namun rasanya kita masih dalam mood tahun baru ye tak...walaupun kat Terengganu ni tak semeriah kat KL sambutannya..namun alhamdulillah menginjak ke tahun ke enam aku berada di bumi Terengganu ni rasanya bertuah sangat kerana 'posting' kat negeri yang kaya dengan pantai dan pulau yang indah ni...

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berbangsa Cina...buat rakan media Ai Ling, maaf kerana tidak dapat datang ke majlis rumah terbuka anda kerana waktu itu kami bercuti di Kuantan kerana melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu....walau apapun terima kasih atas undangan Ai Ling...mesti meriah kan ...

Alhamdulillah, percutian dua hari ke Kuantan tidak sia-sia apabila kami dipertemukan dengan saudara mara sebelah ibu yang ada di antara mereka yang kami sendiri tidak pernah kenal! bunyinya pelik kan...tapi itulah hakikatnya ...seronok apabila dapat bertemu...

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...