Monday, October 11, 2010

Rumah Terbuka Syawal

Assalamualaikum...
Seperti biasa, apabila tibanya Syawal tak lengkap rasanya kalau tak buat rumah terbuka untuk kengkawan...walaupun tidak banyak makanan dihidang tapi aktiviti rumah terbuka sebenarnya memberi banyak manfaat umpamanya dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan member-member dan jiran tetangga. Menu utama tahun ini masakan soto dan mee kari. Lain-lain tu sebagai pencuci mulut seperti puding pelangi, kek coklat, kek pisang dan biskut raya. Rasa seronot walaupun dalam kepenatan coz semua menu dibuat sendiri oleh tuan rumah, berbanding tahun lepas saya tempah jer..tahun ni rajin sket nak masak sendiri dibantu myhubby dan anak-anak...tapi lupa plak nak snap gambar..alahai..tapi apapun, yang penting niat kita untuk meraikan kengkawan tu penting...assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...