Monday, October 11, 2010

Bengkel Perancangan TFM 2011 (6 Hingga 7 Oktober 2010)

Salam...
Setiap tahun kami di Terengganu FM akan mengadakan Bengkel Perancangan bagi aktiviti-aktiviti utama di radio. Ini termasuk aktiviti-aktiviti bahagian rancangan, berita ehwal semasa (BES), kejuruteraan, Unit Latihan dan Kewangan. Tahun lepas, bengkel diadakan di Hotel UiTM Dungun, tapi akibat kekangan kewangan maka tahun ini bengkel diadakan di auditorium TFM di Bukit Pak Apil sahaja. Walau apapun di mana pun lokasinya, yang penting ialah matlamat bengkel itu diadakan. Antaranya, untuk melatih kakitangan dalam aspek pengurusan termasuk konsep "Team Work" dan persembahan kertas kerja..selain menyedarkan kakitangan tentang kerjasama antara bahagian bagi mencapai objektif tersebut. Dan...seperti tahun-tahun sebelumnya, Unit BES diwakili oleh penulis sendiri selain Pengawal BES, Puan Rida Suzirawati Muda dan rakan seperjuangan, Hajah Nor'aini Ghazali. Hasil kerja keras pasukan kami, maka terhasillah pembentangan yang diinovasikan melalui VCD...segalanya dimuatkan dalam VCD tersebut...siap dengan lagu "Wartawan" yang dipopularkan penyanyi 70-an, Jamal Abdillah....

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...