Monday, October 18, 2010

Adakan anda telah mendaftar sebagai penderma organ?

Assalamualaikum...pada 17 hb lepas, seluruh dunia menyambut Hari Transplan Seluruh Dunia. Apakah maknanya Transplan? Ia bermaksud Pendermaan Organ iaitu bagi menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat....Di Terengganu, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ diadakan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menjadi penderma dengan mendaftar sebagai penderma organ. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, kita akan membenarkan organ dan tisu digunakan bagi tujuan transplan selepas meninggal dunia. Saya sendiri tidak menyedari betapa sehingga kini, lebih 10-ribu orang memerlukan organ seperti buah pinggang untuk menjalani kehidupan normal...namun malangnya menurut Pengarah Kesihatan Negeri, hanya 2 daripada 1.07 juta penduduk di Terengganu yang mendermakan organ mereka sejak kempen itu diadakan pada 1995. Faktor utama, kekeliruan dari sudut agama menjadi kekangan untuk mereka mendaftar selain tahap kesedaran dan pengetahuan yang rendah. Dan...selepas mendengar penjelasan dan membaca pamplet hari ini (kebetulan ditugaskan utk assigment berkenaan) maka dengan berdebar-debarnya saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada 140-ribu penderma organ di seluruh negara. Dengan harapan, bagi memberi sinar baru kepada insan yang memerlukan selepas kita meninggal dunia....
Jadi, kenapa anda tidak mengikut jejak langkah saya dan rakan2 yang lain untuk menjadi sebahagian daripada penderma organ? Sebenarnya anda tidak perlu takut untuk menjadi seorang penderma kerana ajaran agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas kita meninggal dunia...

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...