Tuesday, November 2, 2010

Portal Online

Salam,
lama jugak dah tak buka blog saya ni, maklumlah..tak sempat nak mengadap blog sebab dua minggu lalu anak-anak menghadapi peperiksaan akhir penggal...so, bagi memastikan mereka sentiasa mengulangkaji pelajaran, saya terpaksa menemankan diaorang study...kalau tak...susah jugak nak suruh diaoarng mengulangkaji pelajaran walaupun melalui portal online! canggihkan budak2 sekarang...masa kita kecik2 dulu takder pun pembelajaran online ni...paling2 tidak pun buku latihan jer...sebenarnya pembelajaran melalui portal online ni bagus jugak sebab kita dapat jawapannya pada masa itu jugak..ibu bapak sekarang sudah tak ada banyak masa untuk memantau anak-anak belajar atau mengulangkaji...justeru, dengan pembelajaran kaedah ini, kita dapat pantau selepas balik kerja...macam saya, selepas waktu persekolahan saya akan pastikan anak-anak sekurang-kurangnya menyiapkan dua atau tiga latihan mengikut subjek tertentu...selepas siap semuanya, mereka boleh menonton tv atau keluar bermain...dan selepas kita balik kerja nanti, kita boleh pantau hasil kerja mereka dengan melihat kembali portal tersebut! kalau suruh diaorang buat latihan melalui buku latihan, jawabnya tak siaplah! tapi melalui portal itu, mereka akan seronok kerana setiap jawapan betul yang ditandakan akan berbunyi PANDAI! BETUL! ...bunyi-bunyian itu akan membuatkan mereka akan terus menghabiskan latihan dalam masa yang singkat! Dari segi kos, tak perlulah kita berkira sangat dengan semua itu...apa yang penting, pendidikan anak-anak diberi keutamaan...dan sentiasa bersama dengan buku!

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...