Tuesday, November 2, 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Biasanya pada hari minggu saya suka memasak resepi-resepi baru untuk dicuba seisi keluarga. Kali ini, buat kali pertamanya saya cuba memasak ikan siakap masak tiga rasa ....yang selalu menjadi pilihan kalau pegi restoran sekiranya saya bekerja pada shift malam...rupanya bukan sukar sangat nak menyediakan ikan siakap masak tiga rasa ni..cuma suami dan anak-anak tak suka ikan yang lembik...hari tu saya dah masak betul2 garing tapi ntah di mana silapnya...kuah yang dicurah atas ikan tu banyak....menjadikan teksturnya lembik sedikit..tapi walauapapun, resepi ikan siakap masak tiga rasa ini memang menjadi!

Haaa.....ni dia rupanya masak tiga rasa...tengok tu...kuah dia agak banyak sebab tu isi ikan tu jadik lembek sedikit...pengajarannya, kuah tak perlu banyak just untuk dicurahkan ke atas ikan tu ajer...dan sejukkan dulu sos dia sebelum dituang atas ikan bagi mengelak ikan menjadi lembik...selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...