Tuesday, November 2, 2010

Kek BuahBakar

Melihatkan masih banyak tepung, butter dan bahan2 membuat biskut dan kek sempena hari raya hari tu dalam almari, timbul pulak gerak hati untuk membuat kek...duk tengah pikir2 tu terlintas di hati nak cuba buat kek buah bakar pulak! Hari tu saya dah try buat kek buah kukus (resepi diana) yang agak menjadi (sebab dapat pujian daripada kawan-kawan yang sukakan kek)...so, untuk musim kali ni plak, saya test power buat kek buah pulak. Tapi kali ni resepi diambil dari ruangan MyResepi. So, kepada bloggers yang sukakan kek buah, boleh cuba buat untuk keluarga anda!

                                                    Ha, inilah tekstur kek buah sebelum dibakar



                                                    Gambar kek buah selepas baru keluar oven
                 
                     Ini dia rupa kek yang sudah dipotong dan nak dibawak ke opis untuk jamu kengkawan

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...