Wednesday, July 13, 2011

Kenapa aku lama tak update blog....

Salam blogger...
Nampaknya lama jugak ler aku tak update blog kesayangan ni...tak taulah kenapa...sibuk sangat ker..sampai tak der masa nak update...ntah..tak tao kenapa...tapi sejak dua menjak ni memang ler kat opis busy sket dengan pelbagai aktiviti...dan secara tak langsung sedikit sebanyak ia melibatkan kudratku ini..selain melaksanakan tugas-tugas hakiki setiap hari...
Antara sebab musabab kesibukanku yang menghalang untuk beraktif dalam blog ni antaranya ialah tugas hakikiku yang memerlukan aku keluar 'assignment' di luar opis yang memakan masa yang agak panjang, then balik nak kena siapkan cepat2 nanti story tu 'basi'...then, apa lagi ek...errr...ooo...baru2 ni aku berada di luar negara (Morocco dan Sepanyol) selama dua minggu untuk shooting program shahadah bersama krew RTM KL..so, faham-fahamlah.memang tak sempat nak update blog coz kepergianku pun adalah untuk membuat laporan radio Klasik Nasional dan Terengganu fm setiap hari...pastu2....errr...program turun padang PM (PTP) so....berhari-hari jugak kitaorang kat newsroom ni wat liputan kat tempat PM nak lawat tu...tiga hari sebelum dan selepas tau...apa lagi yer...ermmm ...pasal rumah baru yang nak diduduki tidak lama lagi....dan sekarang tengah kemas2 rumah (kuarters kerajaan) kerana rumah kami nak dipasang tile oleh pekerja2 JKR...entah kenapa masa ni diaorang baru nak pasang...masa dulu2 nape tak pasang siap2..skang dah susahkan aku dan lain2 penghuni yang terpaksa mengosongkan ruang dapur dan hall cos diaorang nak pasang benda alah tu...adoiiii..pening aku dan suami memikirkan mana nak sorok perabot dan segala bagai mak nenek tu bagi mengosongkan ruang2 terlibat tu...minggu ni diaorang pasang kat hall...next week kat dapur plak..sampaikan semasa diaorang tengah wat kerja tu aku terpaksa 'melarikan' diri kat opis cos tak sanggup duk kat rumah tu bersama 'orang asing' yang tengah wat kerja dum dam dum dam...tak tahan telinga aku dok dengar benda tu jer setiap hari....
Jap lagi pun aku dan krew2 akan ke Kuala Berang untuk mengadakan liputan acara mengemping dan berendoi yang semakin terhakis pada masa kini...jadi jangan lupa saksikan berita mengenai aktiviti penduduk di kampung Tok Lawit ini dalam siaran Berita Wilayah edisi Jumaat esok jam 5 petang di TV1....selamat menonton!

No comments:

Post a Comment

SOTONG GORENG PEDAS

SOTONG GORENG PEDAS
(heh..heh...nanti i bagi resepi yer)

Puding Pelangi

Puding Pelangi
(Sorry! tak sempat nak bagi resepi kat sini..nanti geeda post lain kali yer)

Meehon Goreng Sempoi

Meehon Goreng Sempoi
Bahan2: 1 paket beehon, dua ketul dada ayam, 300 g udang hidup, tauhu yang digoreng, cili kering, sos tomato, sos cili, bawang merah dan putih yang dikisar, kubis dan sawi, garam, ajinomoto, daun saderi dan daun bawang, bawang goreng. Cara2 : tumis bahan2 tumbuk, masukan ayam dan udang. then, masukkan tomato sos dan cili sos...kemudian beehon, kobes dan sawi...kacau....hiaskan dengan tauhu yang dipotong kecil, bawang goreng dan dedaun tadi..siap!

Kayu Keramat

Kayu Keramat
kat terengganu ni orang panggil kayu keramat..tapi ini versi geeda kayu keramat yang tak manis tapi lemak..sesuai untuk dicicah dengan air kopi atau kari ayam..kayu keramat terengganu ada maniss sket...

Resepi Begedil Kulat Sisir Keluarga Geeda

Dua genggam kulat sisir
2 biji telur
Sebiji cili merah
Dua biji bawang merah,
Sebiji bawang putih,
1" halia,
Garam, ajinomoto
Minyak untuk menggoreng

Bahan :
1) Kulat sisir direndam 2 jam dan dibersihkan
2) Tumbuk lumat bawang dan halia
3) Pukul telur, masukkan cili yang dipotong, garam, ajinomoto.
4) Ramaskan telur dengan kulat hingga sekata
5) Kepalkan kulat macam bergedil dan goreng dalam minyak yang banyak.

*Sedap makan dengan nasi...